Kehidupan awal Madhan Karky

Karky adalah anak sulung kepada penulis lirik yang memenangi National Awards sebanyak tujuh kali, Vairamuthu dan Ponmani, seorang sarjana Tamil dan profesor veteran di Meenakshi College for Women. Dia mempunyai adik lelaki, Kabilan, seorang novelis dan juga bekerja sebagai penulis lirik dan penulis dialog untuk filem Tamil.

Pendidikan

Beliau membesar di Chennai dan dididik di Loyala Matriculation School di Kodambakkam. Karly degan rela hati memaklumkan bahawa beliau bukan pelajar yang baik, tetapi cemerlang dalam bahasa Tamil dan bahasa Inggeris. Semasa beliau di tahap sekolah menengah, beliau berminat dalam bidang sains komputer. Beliau medapat tempataan di College of Engineering, Guindy yang bersekutu dengan Anna University. Beliau memulakan pendidikan sarjana dalam bidang Kejuruteraan komputer pada tahun 1997.

Semasa di CEG, sebagai sebahagian daripada projek akhir tahunnya, Karky menerokai program yang dipanggil Tamil Voice Engine, di bawah pengawasan Profesor T.V. Geetha. Matlamat projek ini adalah pembinaan teks untuk enjin pertuturan bahasa Tamil. Kertas penyelidikan mengenai projek itu dipilih secara rasmi di Persidangan Internet Tamil di Kuala Lumpur, Malaysia.

Projek-projek lain yang diceburi adalah Penjana Nama, yang merupakan sebahagian daripada kursusnya mengenai Kreativiti, Inovasi dan Pembangunan Produk Baru (objektifnya untuk menghasilkan nama rawak yang boleh ditafsirkan berkenaan dengan fonetik India) dan Reka Bentuk Kompilator. Unsur tersebut mengandungi tahap bahasa pengaturcaraan yang tinggi dengan matlamat spesifikasi yang tepat dan tafsiran peraturan leksikal dan peraturan tatabahasa.

Untuk Chennai Kavigal, beliau mencipta ‘Spell Checker’ untuk Tamil Word Processor. Projek ini melibatkan banyak unsur Pengolahan Bahasa Semulajadi, berdasarkan kamus asas yang dibina sebagai sebahagian daripada penganalisis morfologi untuk Bahasa Tamil. Matlamat penciptaan beliau adalah untuk memastikan pengunaan perkataan dengat tepat.

Berikutan penyempurnaan ijazah sarjana muda pada tahun 2001, Karky memulakan Ijazah Sarjana di University of Queensland pada tahun 2003. Pada masa itu, beliau telah membangunkan projek berdasarkan teori pengiraan dan matematik (di bawah pengawasan Dr. George Havas). Ia bertujuan untuk menganalisis suatu algoritma sedia ada untuk mengurangkan sebarang jenis format matriks kepada format standard yang disebut 'Hermite Normal form', yang merupakan unit matriks segi tiga atas.

Beberapa projek lain yang telah dilaksanakan dalam kursus ini termasuk Disciplined Software Process Project (tujuannya adalah untuk memperkenalkan dan mengamalkan proses pembangunan perisian untuk individu yang dipanggil Personal Software Process), On-Line Art Store website (yang melibatkan pembentukan laman web yang melukis lukisan melalui Internet) dan Text Based Voice Chat (yang mana sistem Sembang Suara Proksi direka dan dibangunkan dalam Visual Basic yang menggabungkan aspek pengkomputeran yang utama).

Selain itu, Karky juga berkhidmat sebagai tutor Akademik di universiti tersebut. Beliau mengendalikan sesi tutorial bilik kelas dan sesi makmal mengenai mata pelajaran seperti Pangkalan data hubungan and Bahasa pengaturcaraan.

Sebagai keperluan dalam program PhD beliau yang mengenai teknologi maklumat, platform simulasi berasaskan Java yang dikenali sebagai SENSE (Simulated Environment of Networked Sensor Experiments) telah dibangunkan untuk menguji heuristik yang berbeza. Projek ini dilaksanakan di bawah bimbingan Dr. Maria Orlowska dan Dr. Shazia Sadiq. Tesis beliau berjudul "Design considerations for query dissemination in wireless sensor networks".

Kerjaya mengajar

Selepas tamat pengajian, beliau kembali ke India dan mula berkhidmat dengan CEG Anna University pada bulan Disember 2007. Dia telah mengambil jawatan sebagai Penyelidik Kanan untuk enam bulan, menguruskan projek penyelidikan serta pelbagai projek pelajar di peringkat sarjana muda dan sarjana muda tahap. Di samping itu, beliau mengendalikan kursus dan makmal untuk pelajar di tahap sarjana. Beliau juga berkhidmat sebagai Penyelidik Projek antara Julai 2008 dan Julai 2009, menguruskan projek-projek kumpulan penyelidikan serta pelajar ME & MBA.

Bermula dari Ogos 2009, beliau memulakan peranannya sebagai Penolong Profesor. Beliau memberi kuliah kepada pelajar-pelajar Sains Komputer yang mengikuti pengajian Sarjana dan Ijazah Sarjana serta menyelaraskan Makmal Pengkomputeran Tamil di Universiti. Beliau juga berkhidmat sebagai kaunselor untuk NRI dan pelajar kebangsaan asing, serta bendahari Staf Persatuan Kejuruteraan Sains Komputer. Beberapa subjek yang dia ajar termasuk ‘Advanced Databases, Ethics for Engineers, Principles of Programming Languages, Environmental Science and Tamil Computing’ (untuk pelajar PhD).

Keluarga dan kehidupan peribadi

Karky telah berkahwin dengan Nandini Eswaramoorthy, rakan sekutu di Anna University pada 22 Jun 2008. Nandini Karky kini bekerja dalam industri filem Tamil sebagai subtitler untuk filem dan dokumentari. Mereka mempunyai seorang anak bernama Haiku Karky, yang dilahirkan pada 2009.